sayang rasul

   
 


 

 
   

Ustaz Hayat

Tarikh:
Dari: Ustaz Hayat Annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Kita mengaku kita sayang dan cintakan Rasulullah. Persoalannya sejauhmanakah rasa tersebut? Pernahkah kita fikirkan?. Jika ya apa pula buktinya?.  Justeru dalam konteks "CINTAKAN Rasulullah" saya ingin berkongsi salah satu cara yang mudah namun ramai yang terlepas pandang. Sebelum saya pergi lebih jauh ada baiknya anda baca maklumat di bawah ini terlebih dahulu:


 

Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin


Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...

(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)


Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:


Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”


Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:


Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”

 

Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:


Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”

 

Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:

“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.

 

Komitmen Kami

Jika kita tidak suka orang lain menghina Rasulullah saw melalui pelbagai cara dan medium seperti filem mereka, maka marilah kita berkumpul, bersatu dan membesarkan baginda SAW lebih banyak lagi seluruh dunia!.

Oleh itu pusat Rawatan Islam KISWAH merasa terpanggil untuk berkongsi menerbitkan cd mawlid yang sangat istimewa ini sebagai salah satu usaha mendidik dan mengajak orang ramai menyuburkan rasa CINTA kepada Rasulullah..Daripada layan dan dengar lagu yang bukan-bukan adalah seribu kali lebih baik dengar SELAWAT


MEMPERKENALKAN:
CD DERVISH MAWLID ENSEMBLE
"Mawar Buatmu Ya Rasulallah"

 

CD Mawlid

Dengarkan Preview Eksklusif 8 Buah Qasidah Dan Selawat
Yang Ada Dalam CD Ini Di YouTube:
KLIK SINI SEKARANG!

ATAU Anda Klik Playlist Di Bawah Untuk Mendengarnya:

 










 


Harap MAAF STOK CD Sudah HABIS!

 

 

Info Ringkas CD Mawlid

Album Mawlid oleh kumpulan Dervish Mawlid Ensemble "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW" Dedikasi untuk al Marhum Shaykh Raja Ashman as Sulthani. Mendapat izin, bless dan dustur untuk penerbitan album di hari kemangkatan Tuanku Shaykh..

Untuk makluman, sebahagian dari hasil jualan album ini akan disalurkan ke tabung pembinaan surau@madrasah KISWAH dan pembinaan pusat rawatan baru KISWAH serta sedikit sebanyak membantu pembelajaran ahli kumpulan Dervish Mawlid Ensemble yang kebanyakannya menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan universiti tempatan.

Dervish Mawlid

 
Senarai Qasidah dalam album ini.
 
 1) Huwannnur

2) Dau’uni

3) Ya Rabbi Solli A’lan Nabiy
 
4) Khairul Bariyyah
 
5) Allah Allah Aghisna
 
6) Dzakal Azim
 
7) Ya Badrattim
 
8) Bagaimana Mungkin Kupuji
 

 

cd mawlid

 

MAAF, CD SUDAH HABIS TERJUAL !
(Tempahan Kini Ditutup Dengan RASMINYA)

Beli Sekarang!

 

Ikhlas

Ustaz Hayat Annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH

P.S: Kami ingin mengambil peluang berkongsi bersama anda dalam usaha memartabatkan seruan Islam menjadikan Rasulullah Contoh Ikutan TERBAIK dalam semua aspek kehidupan.

P.P.S: Ramai orang sanggup habis RM1000 untuk beli gajet seperti Iphone, Ipad tapi tak ramai yang sanggup melabur untuk membeli CD sebegini. Kami yakin anda bukan begitu =). InsyaALLAH pembelian anda membawa berkat dan berbaloi. Klik sini untuk miliki CD Mawlid ini sebelum terlambat..


Hakcipta Terpelihara © 2012 - Dervish Mawlid Ensemble ::
Halaman Web ini dijana dan diperkuasakan oleh Mini Site Mudah(MSM)